FIMMAC 2026

FMOS berbesar hati dapat menyertai Konvensyen Tahunan FIMM (FIMMAC) 2026 anjuran Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) yang berlangsung di Sheraton Petaling Jaya Hotel pada 13 Ogos 2026.

Penyertaan ini merupakan peluang yang baik untuk memperkenalkan FMOS serta berkongsi peranan kami dalam menyediakan saluran alternatif bagi penyelesaian pertikaian kewangan dan pasaran modal bersama perunding Unit Amanah (UTS) dan Skim Persaraan Persendirian (PRS), pengamal industri serta orang awam.

Terima kasih kepada FIMM kerana sekali lagi menjemput FMOS untuk menyertai FIMMAC 2026! Kami berharap dapat meneruskan kerjasama bagi memperluas pengetahuan mengenai FMOS serta menggalakkan akses kepada penyelesaian pertikaian yang adil dan berkesan.

Discover relevant content