FMOS Di Parlimen Malaysia 2026

FMOS sekali lagi telah menyertai pameran sebagai pempamer di Parlimen Malaysia sempena Persidangan Parlimen Penggal Kedua Tahun 2026 yang berlangsung pada 1-2 Julai dan 6-7 Julai 2026.

Pameran ini memberi tumpuan kepada Mekanisme Aduan dan Penyelesaian Pertikaian dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan Menteri dan Ahli Parlimen mengenai saluran alternatif yang disediakan untuk menyelesaikan aduan berkaitan produk dan perkhidmatan perbankan, insurans/takaful serta pasaran modal.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) atas peluang berharga ini untuk bersama-sama menjayakan pameran bersama agensi-agensi yang turut mengambil bahagian, termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Credit Guarantee Corporation (CGC), The Association of Banks in Malaysia (ABM) dan Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM).

Melalui sesi libat urus ini, kami berharap agar Ahli-ahli Parlimen akan lebih memahami saluran penyelesaian pertikaian alternatif yang tersedia ini dan seterusnya dapat berkongsi maklumat tersebut dengan orang ramai.

Download brochure

Discover relevant content