Personal Accident - Case1

Kemalangan Diri - Tidak memiliki lesen memandu yang sah 

 

Ringkasan Kes 

Tuntutan Pengadu di bawah Motorcyclist Personal Accident Policy telah ditolak oleh Syarikat Insuran atas alasan Pemegang Polisi tidak memiliki lesen memandu yang sah semasa kemalangan. 

Pengurus Kes yang mengendalikan kes ini telah memberi syor memihak Syarikat Insuran. Pengadu yang tidak menerima syor tersebut kini merujuk pertikaian ini kepada Ombudsman untuk diadjudikasi. 

 

Isu

Isu yang perlu ditentukan di sini adalah samada penolakkan tuntutan Pengadu adalah berdasarkan terma dan syarat polisi dokumen. 

 

Penemuan Utama 

i.           Peruntukan polisi yang berkaitan menyatakan:          

“The Covered Person is the Insured stipulated in the Schedule hereto and shall be a person duly licensed and qualified to ride a motorcycle and be not less than 16 years old and not more than 65 years of age.”         

ii.         Tidak dipertikaikan bahawa Pemegang Polisi tidak memperbaharui lesen  

            yang telah tamat tempoh pada 16.5.2006 (selama 13 tahun). 

                        

Adjudikasi dan Alasan 

Berdasarkan penemuan utama di atas, adalah jelas bahawa Pemegang Polisi telah melanggari syarat dan terma polisi dokumen. Tiga belas (13) tahun merupakan satu tempoh yang lama. Mengikut peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemegang lesen yang tidak memperbaharui lesen setelah tamat 3 tahun dikehendaki menduduki semula ujian memandu. 

Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Polisi untuk memastikan syarat-syarat dan terma-terma polisi diikuti. Bukanlah tanggungjawab Syarikat Insuran untuk memastikan setiap pembeli pelan insuran kemalangan diri memiliki lesen yang sah sepertimana aduan pengadu di dalam kes ini. 

Atas alasan di atas, syor yang dikeluarkan oleh Pengurus Kes dalam kes ini adalah berdasarkan asas yang kukuh. 

Oleh demikian, Adjudikasi ini memihak kepada Syarikat Insuran. 

Sila ambil maklum bahawa keputusan adjudikasi ini adalah muktamad dan tiada prosedur rayuan lagi. Hak Pengadu untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Syarikat Insuran masih kekal.