Personal Accident - Case2

Kemalangan Diri Tidak memiliki lesen memandu yang sah

 

Ringkasan Kes  

Pengadu telah mengemukakan tuntutan “Personal Accident” tetapi telah ditolak oleh pihak insuran atas alasan Pemegang Polisi (Mendiang) tidak memiliki lesen memandu yang sah pada waktu kemalangan berlaku.   

 

Siasatan dan Penemuan Utama  

Pengurus Kes mendapati Mendiang telah mengambil perlindungan tambahan pada polisi beliau di mana di mana beliau tertakluk kepada peruntukan – peruntukan di bawah:  

 

a) Description of Benefits  

    Benefits 19 – Motorcycling Extension (Optional Benefits) - 

Provided Benefit 19 is included in this Policy. this Policy covers the Insured Person against Accident which is due to motorcycling (whether as a rider pr a pillion rider), provided that at the time of the Accident, the Insured Person is wearing a safety helmet, the rider (if the Insured Person is a pillion rider) possesses a valid driving, and is not engaging in or practising for racing or hill climbing contests, reliability trials, speed or duration testing.   

 

b)  Conditions Applying to the Whole Policy  

      12. Applicable Law  

This Policy is governed by and shall be construed in accordance with the laws of Malaysia.

  

c)  Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 

26. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, tiada  seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihalan, di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan itu, dan tiada seorang pun boleh mengambil kerja atau membenarkan seseorang lain memandu sesuatu kenderaan motor di jalan melainkan jika orang yang diambil kerja atau dibenarkan memandu itu adalah pemegang sesuatu lesen memandu sedemikian.

 

Pengurus kes berpendapat pada waktu kemalangan walaupun memiliki lesen memandu kereta, Mendiang tidak memiliki lesen motorsikal. Polisi Mendiang menyatakan ‘orang yang dilindungi’ hendaklah mempunyai lesen memandu yang sah. Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemengang lesen hanya dibenarkan memandu kenderaan daripada kelasnya sahaja. Pada waktu kejadian, Mendiang sedang menunggang motosikal tanpa memiliki lesen motorsikal, oleh itu beliau telah gagal mematuhi syarat dan terma polisi serta Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Syor

Berdasarkan perkara di atas, Pengurus Kes berpendapat bahawa keputusan pihak insurans adalah tidak bertentangan dengan terma dan syarat polisi. Pengurus Kes mengesyorkan agar keputusan Insurans untuk menolak tuntutan dikekalkan.

Pengadu memutuskan untuk tidak merujuk perselisihannya kepada Ombudsman walaupun dia diberi 30 hari untuk melakukannya.