FMOS Menjalin Kerjasama dengan MCIS Life Insurance

Pada 20 Mei 2026, FMOS telah dijemput oleh MCIS Life Insurance untuk menyampaikan sesi kesedaran kepada pasukan pemprosesan tuntutan mereka.
 
FMOS telah berkongsi pandangan mengenai peranan FMOS sebagai badan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR), termasuk pengurusan aduan, pemastian layanan adil kepada pelanggan, serta amalan terbaik industri dalam penyelesaian pertikaian kewangan. Sesi ini turut menyentuh kajian kes sebenar yang dikendalikan, dengan fokus kepada produk insurans hayat.
 
Kami merakamkan setinggi-tinggi perghargaan kepada pasukan MCIS atas peluang yang diberikan untuk menyumbang kepada sesi yang bermakna ini, sekali gus memperkukuh komitmen bersama terhadap perlindungan pengguna dan kecemerlangan industri.

Download brochure

Discover relevant content