Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) ditubuhkan pada 1 Januari 2025 hasil gabungan antara Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan (OFS) dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (SIDREC). FMOS dilantik oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian untuk pengguna dan pelabur kewangan.
FMOS adalah platform bebas, adil, dan mudah diakses yang berfungsi untuk menyelesaikan pertikaian pasaran kewangan dan modal yang melibatkan kerugian kewangan langsung. Perkhidmatan FMOS adalah percuma untuk pengguna dan pelabur kewangan.
Menjadi saluran yang dipercayai, bebas, dan mudah diakses bagi penyelesaian pertikaian pasaran kewangan yang adil dan berkesan, serta memupuk keyakinan awam dan integriti industri.
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian yang bebas, dipercayai, dan cekap kepada pengguna dan penyedia perkhidmatan pasaran kewangan. Melalui platform kami yang berkecuali dan khusus, kami berusaha untuk meningkatkan keyakinan awam terhadap pasaran kewangan dengan menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian alternatif yang mudah diakses, adil, dan berkesan.
Lembaga FMOS bertanggungjawab untuk memastikan integriti operasinya dan keupayaannya dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan, objektif, dan bebas kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian.
FMOS akan bertindak secara adil dan saksama dalam menangani pertikaian. Ombudsman harus mempertimbangkan maklumat yang diberikan oleh pihak-pihak yang terlibat dengan teliti dan objektif dalam membuat keputusan.
FMOS akan meningkatkan kesedaran pengguna dan pelabur kewangan tentang perkhidmatannya serta mengekalkan prosedur yang mudah difahami, jelas, dan telus bagi pemohon yang layak untuk merujuk pertikaian.
FMOS akan menerbitkan laporan tahunan yang mengandungi maklumat mengenai aktiviti, operasi, dan pertikaian yang ditanganinya.
FMOS akan menerbitkan maklumat mengenai perkhidmatan dan skopnya, jenis-jenis pertikaian serta keputusan yang diberikan oleh Ombudsman, pendekatan yang digunakan dalam menangani pertikaian, dan kaedah keputusan dibuat bagi tujuan mendidik orang awam dan Ahli-ahli.
FMOS akan memastikan adanya sumber yang mencukupi serta pembuat keputusan yang berkemahiran untuk menyelesaikan pertikaian dengan segera dan berkesan, dengan formaliti dan teknikaliti yang minimum.