FMOS menerima pertikaian yang melibatkan kerugian kewangan langsung tidak melebihi RM250,000 bagi produk dan perkhidmatan berikut yang disediakan oleh Ahli kami: RM250,000 for the following products and services provided by our Members:
Produk dan perkhidmatan perbankan, perbankan Islam, perbankan digital, serta instrumen pembayaran seperti pinjaman dan pendahuluan, pembiayaan Islam, salah jual, dan transaksi tidak sah melalui ATM, kad debit/kredit, perbankan internet atau wang elektronik.
Tuntutan insurans/takaful bagi hayat, perubatan, kenderaan, perjalanan, dan kerosakan harta pihak ketiga.
Produk pasaran modal seperti sekuriti termasuk saham, unit amanah, waran, bon runcit, produk berstruktur seperti waran berstruktur dan lain-lain, derivatif (contohnya, niaga hadapan atau opsyen) serta Skim Persaraan Persendirian (PRS) atau melalui pelaksanaan aktiviti pengurusan dana.
Aduan yang Tidak Dapat Kami Kendalikan
Pertikaian berikut adalah di luar skop FMOS:
Tuntutan yang melebihi had kewangan sebanyak RM250,000.
Penetapan harga umum/produk, yuran dan caj, ciri-ciri produk, kredit/margin/pengunderaitan, permohonan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman/pembiayaan, iaitu keputusan komersial.
Pertikaian yang difailkan di mahkamah, dirujuk kepada timbang tara atau diputuskan oleh mahkamah atau penimbang tara.
Pertikaian yang dirujuk 6 bulan selepas tarikh keputusan akhir Ahli.
Pertikaian yang melebihi tempoh batasan di bawah Akta Had Masa 1953, Ordinan Had Masa (Sabah) (Bab 72) dan Ordinan Had Masa (Sarawak) (Bab 49).
Pertikaian dengan keputusan akhir/mengikat daripada FMOS (atau Skim Pendahulunya) kecuali jika terdapat bukti material baharu yang mungkin mempengaruhi keputusan terdahulu.
Pertikaian berkaitan prestasi produk atau pelaburan pasaran kewangan atau modal, kecuali bagi sebarang dakwaan tidak pendedahan atau salah nyata/salah jualan oleh Ahli.
Pertikaian yang melibatkan lebih daripada seorang Pengadu telah dirujuk kepada FMOS tanpa persetujuan Pengadu yang lain, dan FMOS mendapati adalah tidak sesuai untuk menangani pertikaian tersebut tanpa persetujuan Pengadu yang lain.
Pertikaian yang melibatkan tuntutan yang timbul daripada kecederaan badan atau kematian pihak ketiga.
Pertikaian terhadap Ahli di mana perintah penggulungan telah dibuat, atau di mana Ahli telah diisytiharkan tidak solven dari segi kewangan oleh mahkamah atau telah menjadi subjek pengisytiharan kejadian keingkaran menurut peraturan-peraturan Perbadanan Tabung Pampasan Pasaran Modal.
Pertikaian yang melibatkan perkara di bawah siasatan oleh Pihak Berkuasa di mana mereka telah mengeluarkan arahan di bawah Peraturan-Peraturan kepada FMOS untuk tidak meneruskan Proses Penyelesaian Pertikaian.