FMOS Menjalin Kerjasama dengan GSMA

Pada 9 Jun 2026, pasukan insurans FMOS telah menyampaikan pembentangan mengenai penyelesaian pertikaian di Konvensyen Pemimpin ke-12 yang berlangsung di Vivatel Kuala Lumpur, anjuran Great Eastern Life Group Sales Managers Association Malaysia (GSMA).

Semasa sesi perkongsian kami, kami mengetengahkan peranan penting FMOS sebagai saluran alternatif bagi penyelesaian pertikaian. Perbincangan kami merangkumi amalan pengendalian aduan yang berkesan, kepentingan melayan pengguna secara adil, serta perkongsian amalan terbaik industri dalam penyelesaian pertikaian kewangan, termasuk kes-kes sebenar yang telah berjaya kami kendalikan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada GSMA kerana menjemput kami untuk turut serta dalam program ini! Penyertaan ini memperkukuhkan lagi komitmen bersama kami terhadap perlindungan pengguna dan meletakkan asas yang kukuh ke arah kecemerlangan dalam industri. Semoga lebih banyak peluang kerjasama dapat dijalin pada masa hadapan!

Discover relevant content