FMOS Ditampilkan dalam Podcast TikTok Shop Hangout

Sesi TikTok LIVE pertama FMOS dengan kerjasama Financial Education Network (FEN) telah selesai berlangsung.
 
Episod bertajuk “Kekal Bijak, Kekal Terlindung: Kenali Hak Kewangan Anda” telah disiarkan pada 2 Oktober 2026 sebagai sebahagian daripada siaran langsung Podcast TikTok Shop Hangout. 
 
Dalam sesi siaran langsung selama 45 minit itu, Puan Intan Khadiza, Ombudsman Perbankan, berkongsi pandangan praktikal mengenai penipuan kewangan, taktik penipuan yang lazim digunakan, hak pengguna serta langkah-langkah untuk melindungi diri. Kami berharap sesi ini memberikan maklumat berguna dan tip praktikal bagi membantu pengguna meningkatkan pengetahuan serta melindungi diri dengan lebih baik daripada penipuan kewangan.

Discover relevant content