FMOS akan menyertai Karnival Celik Kewangan Selangor anjuran Bank Negara Malaysia yang berlangsung dari 23 – 25 Oktober 2026 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bertempat di Central i-City, Shah Alam.
Mari singgah booth FMOS di no. M2 (Aras G1) untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan FMOS dalam membantu menyelesaikan pertikaian kewangan dan pelaburan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi taklimat oleh Pengurus Kes kami bertajuk “Singgah FMOS: Kenali Hak, Elak Ditipu” pada hari Ahad, dari jam 10.30 – 11.00 pagi.
Pelbagai aktiviti menarik berkaitan kewangan menanti anda! Jumpa anda di sana!



