Sistem penyaman udara kenderaan Sue mengalami kerosakan, dan syarikat insuransnya telah menolak tuntutan di bawah jaminan lanjutan atas alasan bahawa terdapat pelanggaran terhadap selang servis/penyelenggaraan kenderaan.
PENEMUAN KAMI
Walaupun terdapat pelanggaran terhadap servis/penyelenggaraan kenderaan, ia hanya berlaku sekali akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghalang pemilik kenderaan daripada menghantar kenderaan ke pusat servis terdekat yang terletak di negeri jiran.
Pandemik merupakan suatu peristiwa luar jangka yang menyebabkan pelanggaran terhadap jadual servis kenderaan. Dalam hal ini, pihak yang diinsuranskan tidak secara sengaja gagal menghantar kenderaan untuk diservis mengikut jadual. Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan oleh Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa syarikat insurans tidak seharusnya menolak tuntutan semata-mata atas pelanggaran teknikal yang tidak material atau yang tidak berkaitan dengan kerugian, melainkan pelanggaran tersebut telah menjejaskan kepentingan syarikat insurans.
Kami juga tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan hubungan antara pelanggaran tersebut dengan kerosakan sistem penyaman udara. Harus wujud hubungan langsung antara pelanggaran dan kerugian yang dituntut.
KEPUTUSAN
Pegurus kes telah mengeluarkan syor yang memihak kepada Sue. Walau bagaimanapun, syarikat insurans menolak syor tersebut dan merujuk kes ke peringkat Adjudikasi. Ombudsman telah menilai pertikaian ini dan bersetuju dengan syor pengurus kes, serta membuat keputusan yang memihak kepada Sue.