Pada 11 Oktober 2025, FMOS telah dijemput untuk menyertai sebagai pempamer dan panel penceramah dalam program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan yang dianjurkan oleh Cybersecurity Malaysia di Dewan Bankuet, Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai ancaman penipuan kewangan dalam talian yang semakin meningkat. Kali ini, fokus diberikan kepada para pelajar UIAM, bagi menggalakkan mereka sentiasa berwaspada dan peka terhadap penipuan kewangan.
Mewakili FMOS, Puan Aishara, Pengurus Kanan Kes, dalam sesi forum bertajuk “Alamak!!! Saya Dah Scam Orang” mengingatkan semua pelajar supaya bertindak segera apabila menerima panggilan atau mesej mencurigakan yang berkemungkinan daripada scammer serta tidak teragak-agak untuk mendapatkan bantuan, kerana terdapat saluran percuma untuk menyelesaikan pertikaian kewangan di Malaysia.
Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Ts. Ahmad Syahril Mohd, Ketua Panatia Subjek Rekabentuk dan Teknologi, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, bersama panelis lain iaitu Encik Wan Mohd Saifudin Wan Ibrahim, Penasihat Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Pejabat Negeri Pahang; YDH Superintenden Wan Aeidil Wan Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, Polis Diraja Malaysia; dan Encik Aliff Zakaria, Pengurus Dasar Awam, TikTok Malaysia.



