Tuntutan Takaful Ditolak kerana Penyewaan Tanpa Kebenaran

Pengendali takaful menolak tuntutan kerosakan sendiri Bernard atas alasan bahawa kenderaan yang dilindungi telah digunakan untuk tujuan sewa atau tambang, dimana telah melanggar Had Penggunaan polisi.

PENEMUAN

Bernard telah membeli Polisi Kereta Persendirian untuk kegunaan persendirian dengan perlindungan komprehensif. Perakuan Takaful menetapkan terma dan syarat berikut:

  1. Had Penggunaan
    Berdasarkan Perakuan Takaful Anda (CT), Kenderaan Anda hanya boleh digunakan untuk tujuan "sosial, domestik dan bersukaria dan termasuk tujuan perniagaan peserta". CT juga menyatakan bahawaPerakuan ini tidak melindungi penggunaan sewa atau tambang, perlumbaan jalan raya, pacemaking, keandalan, atau ujian kelajuan cubaan, membawa barang yang berkaitan dengan sebarang urus niaga atau perniagaan selain sampel barang”.

Bernard menyatakan bahawa pemandu yang meminjam keretanya merupakan kawan rapatnya sendiri, Andy, untuk perjalanan keluarga dengan kebenarannya tanpa sebarang bayaran.

Walau bagaimanapun, siasatan pengendali takaful mendapati satu iklan di Facebook yang memaparkan kenderaan yang sama ditawarkan untuk disewa di bawah ‘XXX Car Rental Enterprise.’ Bernard mengakui bahawa beliau menjalankan perniagaan sewaan kereta, memiliki XXX Car Rental Enterprise, dan pernah menggunakan kenderaan tersebut untuk tujuan sewaan sebelum ini.

KEPUTUSAN

Pengurus kes mengekalkan keputusan pengendali takaful. Bukti menunjukkan bahawa kenderaan yang diinsuranskan berkemungkinan besar telah digunakan untuk tujuan sewa atau tambang, dimana melanggar peraturan syarat had penggunaan polisi.

Walaupun tiada bukti bahawa kenderaan tersebut disewa pada masa kemalangan itu berlaku, penggunaan keseluruhannya tetap relevan, kerana penggunaannya mempengaruhi klasifikasi dan penentuan premium. Memandangkan polisi secara jelas melarang penggunaan sewa atau tambang, bukti kumulatif menunjukkan ketidakpatuhan terhadap terma-termanya.

Oleh itu, keputusan pengendali takaful untuk membatalkan dan menjadikan perakuan tidak sah adalah wajar.