FMOS di Ibu Pejabat Tan Chong Group

FMOS berbesar hati dapat menyertai program Bulan Literasi Kewangan Tan Chong Group pada 3 Ogos 2026 sebagai pempamer dan penceramah di ibu pejabatnya.

Menerusi sesi ini, FMOS berkongsi tentang peranannya dalam menyediakan saluran yang bebas dan saksama bagi membantu pengguna perkhidmatan kewangan dan pelabur menyelesaikan pertikaian kewangan serta mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya.

Terima kasih kepada Tan Chong Group atas peluang yang diberikan kepada FMOS untuk berinteraksi dengan para pekerjanya serta memperkukuh pengetahuan dan kesejahteraan kewangan mereka.

Discover relevant content