FMOS di Parlimen Malaysia

FMOS menyertai program literasi kewangan sebagai pempaper selama tiga hari bermula 1 sehingga 3 Disember 2025 bertempat di Parlimen Malaysia bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Dianjurkan oleh Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), program ini bertujuan untuk memberikan maklumat tentang inisiatif FEN dalam memperkukuh kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia kepada Ahli Parlimen. 

Semasa pameran tersebut, FMOS telah mempamerkan mandatnya sebagai saluran penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) di Malaysia. Kami berinteraksi dengan Ahli Parlimen dan Menteri mengenai bagaimana FMOS membantu pengguna menyelesaikan pertikaian kewangan secara adil serta berkongsi isu-isu dan trend utama dalam pasaran kewangan. Penglibatan ini turut membantu meningkatkan kesedaran tentang peranan FMOS dalam menyokong perlindungan pengguna kewangan serta melengkapi usaha pendidikan kewangan yang lebih luas oleh FEN.

Download brochure

Discover relevant content