Sesi Fireside Chat bersama FMOS di Simposium Sasana 2025

Pada Simposium Sasana 2025 yang berlangsung pada 17 Jun, Puan Sujatha Sekhar Naik, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS), telah menyampaikan pembentangan yang penuh bermakna semasa sesi Fireside Chat bertajuk “Kenali Hak Anda sebagai Pengguna Kewangan.”
 
Mewakili FMOS, Puan Sujatha menekankan peranan penting organisasi ini sebagai badan penyelesaian pertikaian alternatif yang baharu, bebas dan bersepadu di Malaysia. Beliau menerangkan bagaimana FMOS bertindak sebagai saluran penyelesaian yang percuma dan berkecuali bagi pengguna kewangan dan pelabur yang tidak berpuas hati dengan jawapan akhir yang diterima daripada penyedia perkhidmatan kewangan. 
 
Ucapan beliau merangkumi aspek tadbir urus FMOS serta kepakarannya dalam mengendalikan pertikaian berkaitan pasaran kewangan, termasuk proses penyelesaian pertikaian yang mesra pengguna, tanpa sebarang bayaran dan berteraskan prinsip keadilan. Beliau turut menekankan kepentingan hak dan tanggungjawab pengguna kewangan.
 
Sesi ini telah dikendalikan oleh Lau Chin Ching, Pengarah Jabatan Perilaku Pengguna dan Pasaran, dan turut menampilkan En. Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN).

Download brochure

Discover relevant content