FMOS berbesar hati menyertai Karnival Celik Kewangan Selangor anjuran Bank Negara Malaysia yang berlangsung dari 23 - 25 Oktober 2026 bertempat di Central i-City, Shah Alam.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah di booth FMOS dan menyertai sesi perkongsian bertajuk “Singgah FMOS: Kenali Hak, Elak Ditipu”. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan kewangan serta pemahaman tentang saluran penyelesaian pertikaian yang tersedia.



