Sorotan Karnival Celik Kewangan Terengganu 2026

Sepanjang Karnival Celik Kewangan 2026 pada 26 – 27 Jun 2026 di Mayang Mall, Kuala Terengganu, FMOS berpeluang mendekati masyarakat melalui pameran dan sesi perkongsian "Singgah FMOS: Kenali Hak, Elak Ditipu", bagi meningkatkan kesedaran mengenai hak pengguna kewangan dan pelabur serta peranan FMOS dalam menyelesaikan pertikaian kewangan dan pelaburan secara bebas, adil dan percuma.

Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi booth FMOS dan menghadiri sesi perkongsian kami. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang saluran penyelesaian pertikaian yang tersedia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Negara Malaysia dan Financial Education Network (FEN) atas peluang yang diberikan kepada FMOS untuk bersama-sama mendidik dan memperkasakan komuniti Kuala Terengganu dalam meningkatkan literasi kewangan.

Download brochure

Discover relevant content