Pinjaman – Penetapan Harga Faedah yang Berat

Pada tahun 2005, Encik Tan telah memohon pinjaman perumahan daripada sebuah bank. Beliau menerima tawaran daripada pihak bank dan menerima tawaran tersebut dalam bulan yang sama. Setelah melengkapkan semua dokumen yang diperlukan, pinjaman tersebut telah disalurkan sepenuhnya, dan Encik Tan mula membuat bayaran ansuran.

Sepanjang tempoh pinjaman, Encik Tan gagal membayar jumlah ansuran penuh, menyebabkan pihak bank menaikkan kadar faedah pinjaman.

PENEMUAN KAMI

Berdasarkan Surat Tawaran daripada pihak bank, ia menyatakan bahawa pihak bank berhak untuk menaikkan kadar faedah sekiranya terdapat tunggakan atau bayaran ansuran tidak penuh. Encik Tan telah memohon bayaran balik terhadap caj faedah yang dinaikkan, namun permohonannya ditolak oleh pihak bank. Selepas meneliti kes ini, pengurus kes mendapati bahawa Encik Tan hanya terlepas satu bayaran kecil pada awal tempoh pinjaman. Walau bagaimanapun, pihak bank mengenakan kadar faedah penalti sebagai tindakan balas.

KEPUTUSAN

Pengurus kes telah membentangkan penemuan kepada pihak bank, dan bank bersetuju menawarkan pelepasan 50% daripada caj faedah penalti sebagai tanda keprihatinan. Encik Tan bersetuju dengan tawaran bank, dan kes diselesaikan secara baik.