Pelabur telah menyerahkan beberapa cek bagi tujuan melabur dalam dana yang dipilih oleh seorang konsultan unit amanah (UTC). Walau bagaimanapun, UTC menggunakan cek-cek yang telah diserahkan bagi membuat pelaburan peribadi dibawah nama UTC tersebut.
Setelah hal ini terbongkar, UTC kembalikan sebahagian jumlah yang telah dilaburkan. Pelabur kemudian menuntut baki jumlah yang belum dikembalikan.
Penemuan Kami
Adjudikator telah pertimbangkan perkara berikut:
- Pelabur tersebut pernah menyerahkan wang secara terus kepada UTC lain.
- Terdapat proses yang ditetapkan, seperti mengisi Borang Permohonan Pelaburan seperti yang dikehendaki oleh Ahli FMOS dalam kes ini. Walau bagaimanapun, pelabur tidak mengikuti proses ini.
KEPUTUSAN
Dalam kes ini, adjudikator memutuskan memihak kepada pelabur. Walau bagaimanapun, jumlah yang diberikan adalah kurang daripada jumlah yang dituntut, kerana pelabur dianggap telah menyumbang kepada kerugian kewangan mereka sendiri.