Semalam, FMOS berbesar hati menerima kunjungan YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan, bagi satu sesi perbincangan mengenai cabaran yang semakin meningkat akibat penipuan kewangan (scam), serta kepentingan mekanisme penyelesaian pertikaian yang mudah diakses oleh pengguna dan pelabur kewangan di Malaysia.
Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMOS, Puan Marina Baharuddin, dan memberikan peluang untuk berkongsi mengenai bidang kuasa FMOS, proses penyelesaian pertikaian yang dilaksanakan, serta pandangan dan pengalaman daripada kes-kes yang telah dikendalikan, termasuk jumlah pertikaian berkaitan scam yang semakin tinggi. Perbincangan itu turut menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara pihak pengawal selia, pemain industri dan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam memperkukuh usaha perlindungan pengguna serta pencegahan penipuan.
FMOS kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian yang bebas, adil dan mudah diakses, di samping menyokong usaha yang lebih menyeluruh dalam meningkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap ekosistem pasaran kewangan dan modal Malaysia.



