FMOS berbesar hati menerima kunjungan Mr Klavs Kinnerup Hede, Pengarah Hubungan Antarabangsa di Pejabat Ombudsman Parlimen Denmark, bersama wakil Kedutaan Diraja Denmark di Kuala Lumpur ke pejabat FMOS pada 20 Oktober 2026.
Kunjungan ini memberikan peluang yang bermakna kepada kedua-dua institusi untuk bertukar pengetahuan dan berkongsi pengalaman. FMOS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Marina Baharuddin, Ketua Pegawai Operasi, Ms Wong Su Kuin, serta pasukan Ombudsman FMOS. FMOS berkongsi peranannya dalam menyelesaikan pertikaian kewangan dan pasaran modal di Malaysia, manakala Mr Klavs Kinnerup Hede berkongsi pandangan mengenai peranan dan fungsi Pejabat Ombudsman Parlimen Denmark, termasuk perbezaan pendekatan dalam penyelesaian pertikaian dan pemberian penyelesaian kepada orang awam.
FMOS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedutaan Diraja Denmark di Kuala Lumpur atas usaha menyelaraskan kunjungan ini serta memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan institusi ombudsman di negara yang berbeza.

Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan: Pusat Penyelesaian Pertikaian untuk Pengguna Kewangan dan Pelabur
FMOS is a merger between the Ombudsman for Financial Services


