Kami dengan bangganya membentangkan Laporan Tahunan terakhir Ombudsman bagi Perkhidmatan Kewangan (OFS), yang merangkumi pencapaian kami sepanjang tahun 2024, tren pertikaian, penglibatan bersama pihak berkepentingan, serta prestasi kewangan. Laporan ini menandakan detik bersejarah dalam perjalanan kami apabila kami menamatkan peranan sebagai OFS dan beralih kepada entiti baharu — Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS).
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak berkepentingan, ahli dan orang awam atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan ini. Kami kini bergerak ke hadapan sebagai FMOS dengan mengekalkan nilai teras yang sama.
Akses Laporan Tahunan OFS 2024 di sini: https://www.fmos.org.my/en/annual-reports/



