Jelajah Anti-Scam Kebangsaan, Pulau Pinang

Pada 28 Oktober 2025, FMOS sekali lagi telah dijemput untuk menyertai sebagai pempamer dan panel penceramah dalam Jelajah Anti-Scam Kebangsaan yang dianjurkan oleh Cybersecurity Malaysia di Kompleks Cahaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai ancaman penipuan kewangan dalam talian yang semakin meningkat. Kali ini, fokus diberikan kepada para pelajar Universiti Sains Malaysia, bagi menggalakkan mereka sentiasa berwaspada dan peka terhadap penipuan kewangan.

Mewakili FMOS, Puan Intan Khadiza Mohamad, Ombudsman, dalam sesi forum bertajuk “Alamak!!! Saya Dah Scam Orang” mengingatkan semua pelajar supaya bertindak segera apabila menerima panggilan atau mesej mencurigakan yang berkemungkinan daripada scammer serta tidak teragak-agak untuk mendapatkan bantuan, kerana terdapat saluran percuma untuk menyelesaikan pertikaian kewangan di Malaysia.

Download brochure

Discover relevant content