Pada 9 Oktober 2025, FMOS telah menyertai Konvensyen Tahunan FIMM (FIMMAC) 2025 yang dianjurkan oleh Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) di The Vertical, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Operasi kami, Puan Wong Su Kuin, telah menyertai sebagai ahli panel dalam Sesi 4, “Unit Trust: Safe & Sound!”. Beliau berkongsi pandangan yang bernas mengenai pengukuhan kawalan sepanjang proses jualan bagi mempromosikan amalan penjualan yang bertanggungjawab serta melindungi pelabur. Beliau turut menjelaskan isu-isu lazim yang dilihat dalam kes FMOS, termasuk salah jual dan pendedahan yang tidak mencukupi, sambil menekankan keperluan untuk menegakkan tadbir urus yang baik, ketelusan dan integriti dalam industri.



