FMOS Menjalin Hubungan dengan Profesional Insurans di Sesi Tea Talk NAMLIFA
Pada 20 Mei 2025, cawangan Wilayah Tengah Persatuan Perancang Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia (NAMLIFA) telah menjemput FMOS untuk menyampaikan ceramah dalam sesi Tea Talk yang diadakan di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh lebih 60 profesional insurans.
Sesi ini menjadi platform yang bermakna untuk FMOS berkongsi tentang peranan kami sebagai badan penyelesaian pertikaian alternatif, proses penyelesaian kami serta kes-kes sebenar yang telah kami selesaikan. Kami turut menekankan kepentingan etika dan profesionalisme dalam sektor insurans dan takaful. Sepanjang sesi selama satu jam ini, para penceramah dari Bahagian Insurans dan Takaful FMOS mengetengahkan bagaimana kami memudahkan penyelesaian pertikaian secara adil serta menyokong keyakinan orang awam terhadap pasaran kewangan. FMOS berbangga dapat menyumbang kepada usaha berterusan dalam memperkukuh integriti industri dan amalan terbaik.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada NAMLIFA atas peluang untuk terlibat dalam sesi yang bermakna ini.